| Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan
khusyuk solatnya. Namun, dia selalu kuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari,
Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai
Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudlu zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudlu zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, " wudlu zahir sebagaimana biasa yaitu membasuh
semua anggota wudlu dengan air". Sementara wudlu batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku
rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku,
Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku
bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali Ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian
aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa dalam solat, ku faham maknanya, kemudian
aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan
dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun".
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang
baik bila dibanding-kan dengan Hatim.
Bagaimana dengan sholat kita ? apakah sudah khusyuk ?
Untuk manfaat kita bersama, silahkan sebarkan artikel
ini ke sahabat-sahabat anda ! |