| Detik
waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan
.Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya
gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah
sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat resiko pahit dan
kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan tetes air mata. Air mata
adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang
menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah
umpama air kotor diperlimpahan. Namun setetes air mata kerana takut kepada
ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan
penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata
Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan
kedudukan. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu
akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku,
keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan
(pemuja dunia). Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang
mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang
redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf
mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya. "Penghuni Syurga itulah
orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20) Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup
dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia
sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua
titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air
mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para
wali."
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan
yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang
membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana
dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga
mana kelak ia akan bertakhta. Nabi bersabda : "Kejahatan
yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang
menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan
kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.
Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad bersabda : "Jika
kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit
ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair
: "Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana
perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang
menyenangkan."
Salafussoleh menangis walaupun
banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun
sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa
yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan
menangis."
Kita gembira jika apa yang kita
idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai.
Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman
: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH
mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216) Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu
banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan
atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu
persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada
syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang
mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka
suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah
seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya
dengan berkata: "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali
seorang, aku takut akulah orangitu." Menangislah sebagaimana Ummu
Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai
anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya. Menangislah
sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.
Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata
: "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan
itu." Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran
dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika
orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan
tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain
berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang
mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang
keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah. Tanyailah
orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak
bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan
kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami
ialah ALLAH." Menangislah di sini, sebelum
menangis di sana!!!.............
Wallahu a'lam... RIZAL
JALAL |